Posts

Showing posts from April, 2017

SAPS Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan 2017

Image
SAPS Ibu Bapa  merupakan sistem analisis peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan ibu bapa membuat semakan keputusan peperiksaan sekolah.   SAPS Ibu Bapa   ini boleh dilakukan  melalui secara talian (ONLINE).Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah Keputusan sekolah rendah darjah 1 hingga darjah 6. Keputusan peperiksaan sekolah menengah tingkatan 1 hingga tingkatan 5 Cara Membuat semakan SAPS Ibu Bapa Semakan SAPS Ibu bapa ini boleh dilakukan dengan cara berikut: Klik link di bawah ini untuk masuk ke dalam sistem aplikasi SAPS Semakan Ibu Bapa .  Semakan keputusan peperiksaan :  Click Here  .  Key in markah pelajar :  Click Here 2. Anda akan dibawa kepada paparan seperti berikut: 3. Masukkan no kad pengenalan atau pun sijil lahir pelajar.  4. Pilih sama ada and aingin melihat keputusan peperiksaan sekol...

Sinopsis Chot Tingkatan 3

      Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alias yang memiliki seekor beruk bernama Chot.  Hubungan antara Alias dengan Chot sangat rapat kerana Alias amat bergantung pada Chot untuk  membantu menyara kehidupannya dan ibunya. Ibu Alias mengalami lumpuh, manakala ayahnya telah meninggal dunia sejak lima tahun yang lalu akibat terjatuh semasa memanjat pokok kelapa. Chot merupakan peninggalan arwah ayahnya yang telah dilantih untuk memetik buah kelapa.      Alias tinggal dan membesar di Kampung Dingin. Dia tinggal di sebuah rumah yang sangat usang kerana hanya beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh, papannya sudah dimakan anai-anai, manakala tangganya diperbuat daripada batang kayu dan tempinis lama. Mujurlah Mak Su Kiah, iaitu jiran Alias seorang yang baik hati dan selalu menghantar makanan untuk mereka.      Som ialah jiran dan sahabat Alias yang paling rapat serta memahaminya. Mereka bersekolah di sekolah yang ...