Sinopsis Chot Tingkatan 3
Novel ini mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Alias yang memiliki seekor beruk bernama Chot. Hubungan antara Alias dengan Chot sangat rapat kerana Alias amat bergantung pada Chot untuk membantu menyara kehidupannya dan ibunya. Ibu Alias mengalami lumpuh, manakala ayahnya telah meninggal dunia sejak lima tahun yang lalu akibat terjatuh semasa memanjat pokok kelapa. Chot merupakan peninggalan arwah ayahnya yang telah dilantih untuk memetik buah kelapa.
Alias tinggal dan membesar di Kampung Dingin. Dia tinggal di sebuah rumah yang sangat usang kerana hanya beratapkan daun rumbia, berdindingkan buluh, papannya sudah dimakan anai-anai, manakala tangganya diperbuat daripada batang kayu dan tempinis lama. Mujurlah Mak Su Kiah, iaitu jiran Alias seorang yang baik hati dan selalu menghantar makanan untuk mereka.
Som ialah jiran dan sahabat Alias yang paling rapat serta memahaminya. Mereka bersekolah di sekolah yang sama. Pada suatu hari, Alias lewat tiba di sekolah kerana mencari beruknya, Chot yang hilang lebih dahulu. Cikgu Sunan, iaitu guru mata pelajaran Matematiknya telah menengkingnya sehingga membuatkan Alias terkejut dan jatuh terlentang. Telinga Alias terkena pada bucu meja rakannya. Akibatnya, telinga Alias menjadi bengkak dan bernanah serta berbau busuk. Alias mengambil keputusan untuk tidak datang ke sekolah kerana berasa malu kepada kawan-kawannya.
Chot pernah hilang sebanyak dua kali. Alias mencarinya di sekeliling kawasan kampung kerana dia amat sayang akan beruknya itu. Alias dan Chot mengambil upah memetik buah kelapa di kebun Pak Din, iaitu ayah Som. Upah memetik buah kelapa itu digunakan oleh Alias untuk membeli barangan dapur bagi menyara kehidupannya dan ibunya. Alias dan Chot selalu diusik oleh Budin, Kamal, dan Talib semasa memetik buah kelapa. Pada masa yang sama, Chot telah dituduh menceroboh kebun Miah dan merosakkan setandan pisang miliknya. Pak Din berusaha untuk mententeramkan keadaan dan berjanji akan membayar ganti rugi atas kerosakan tersebut. Rupa-rupanya beruk yang merosakkan kebun pisang Miah itu bukanlah Chot sebaliknya beruk jantan.
Cikgu Sunan berasa bertanggungjawab atas tindakannya yang menjadi punca telinga Alias bengkak dan bernanah. Dia telah meminta bantuan Som untuk menunjukkan lokasi rumah Alias. Kehadiran Cikgu Sunan ke rumah Alias adalah untuk bertanyakan sebab Alias tidak datang ke sekolah sedangkan peperiksaan akhir akan bermula tidak lama lagi. Chot yang berada di atas pokok langsat berasa kurang senang dengan kehadiran Cikgu Sunan. Alias yang baru pulang sambil membawa dua biji buah kelapa bersalaman dengan Cikgu Sunan. Cikgu Sunan ingin melihat telinga Alias yang bengkak dan bernanah itu.
Semasa Cikgu Sunan memeriksa telinga Alias, Chot yang berada di atas dahan pokok langsat telah meronta-ronta sehingga menyebabkan rantai yang menambatnya putus. Chot menerkam dan mengigit lengan Cikgu Sunan. Alias cuba untuk melepaskan lengan Cikgu Sunan daripada gigitan Chot tetapi gagal. Alias mengambil lembingnya lalu merodok perut Chot hingga menyebabkan Chot terkulai dan mati. Alias berasa amat sedih kerana beruk yang selama ini membantunya mencari rezeki telah mati dan dia tidak dapat ke sekolah lagi. Cikgu Sunan menenagkan Alias dan berjanji akan menanggung segala kos persekolahanyya sehinggalah dia memasuki universiti. Alias menguburkan Chot di tepi pokok langsat dan mencacakkan papan yang bertulis, "Tunggu aku di pintu universiti, Chot". Alias memberitahu ibunya tentang hasratnya untuk ke sekolah pada hari esok.
Thanks For Visit My Blogger 😀
My Facebook → Click Here
Instagram → Click Here
Youtube → Click Here

Nice sinopsis
ReplyDeletetqqq veryy much😘
ReplyDeleteBoekk lah
ReplyDeleteBoek argh
ReplyDeletenice so
ReplyDeleteBaik boh
ReplyDeleteTerima kasih buat sinopsis ni😂ringan sikit bebanan saya ni😂😘sayang awak....Cehhh tipu je
ReplyDeleteYeke
DeleteAla tipu saya pulak
DeleteThanks 😊
ReplyDeleteThanks bro z
ReplyDeletePanjangggggg
ReplyDelete